Assalam buat semua.......memang kebahagiaan tidak mungkin selamanya berkekalan juga tidak selamanya kesedihan membelenggui fikiran. Aku pernah merasa bahagia kerana dia, aku juga pernah menangis kerana dia. Menagapa aku perlu menangis? tangisan semalam masih aku terasa kini, mengapa begitu sukar untukku lawan kepedihan semalam hingga mutiara jernih ini begitu mudah untuk gugur jatuh ke bumi....aahhhh....keluhan ini seringkali ada tiap kali aku memikirkan kejadian semalam.....Menagapa aku lemah menghadapi semua ini? Aku cuba mengawal segalanya semalam tapi aku gagal. Aku seperti menyokong airmata itu untuk mengalir terus.... Apa benar dia sudah tidak lagi mahu akan semua ini? Apa benar semalam apa yang aku rasai adalah benar? perkara apa yang dia ingin sampaikan tetapi tidak terluah dengan kata- kata dek oleh kerana melihat airmataku? Aku pasrah seandainya aku yang salah tetapi jangan tinggalkan aku di sini kerana aku masih memerlukanmu untuk terus bersamaku....Aku tidak punya siapa-siapa lagi untuk aku menumpang kasih juga tempat mengadu... Aku perlukan teman yang memahami....engkau la insan itu tapi itu dulu bukan kini...Kini aku merasakan engkau telah berubah......Apa salah aku padamu? Hingga tega nya engkau memperlakukan aku sebegitu rupa....Khabar kan la padaku andai aku salah....agar aku dapat memperbetulkan segalanya......

No comments:
Post a Comment