Zain.....Kenapa ungakapan perpisahan ini yang kau pinta?Apa salah aku padamu?selama ini kita da lalui bersama kan. Aku da cuba memahami dirimu....aku masih tak layak untuk menjadi sahabatmu ka?Tidak bole di bawa bincang sampaikan ini yang kau mahu.....Apa lagi yang aku harus kata...kau da pun buat keputusan itu....Zain....aku terima keputusan ini....adakah ungkapan perpisahan dalam persahabatan? takpalah kalau engkau da jemu, bosan dengan kehadiran aku.....mungkin semua ni pun ada hikmahnya juga kan......aku percaya di luar sana pasti ada insan yang sedia menjadi sahabatmu...yang setia mendengar semua masalahmu....pada aku...kau sahabat aku sampai bila-bila...akan aku abadikan semua kenangan kita zain.....Aku rela pemergianmu...
Ini adalah kisah hidupku, kadang-kadang aku rasa bahagia, kadang-kadang aku diselami rasa sedih,sunyi, sepi...Aku rasa bersendirian. Aku pernah merasa kehilangan, kehilangan insan yang sangat aku sayangi..iaitu ibuku..itula saat paling sukar untuk aku lupakan.Aku pernah rasa di cintai dan mencintai tapi itu dulu. Di sini aku ingin berkongsi pengalaman yang aku lalui selama aku hidup di dunia ni.
Friday, 19 August 2011
Tuesday, 16 August 2011
Perpisahan
Apa benar kata pepisahan yang engkau ungkapkan? Aku seperti menerima tamparan hebat semalam...jantungku sudah tidak berdegup lagi membaca text dia.....selama ni aku cuba faham dia...dan aku suda faham dia....kenapa dia tidak berusaha untuk memahami aku?kenapa hubungan ni tidak adil.....dia minta aku faham..tapi pernah kah dia memahami aku?pernahkah dia tanya apa yang aku rasa bila dia menjauh, pernahkah dia tanya..apa yang aku lalui bila dia tiada di sisi?pernah dia ambil tahu semua tu?itukah istilah sayang pada dia?....apa selama ni aku hanya sia-sia mencintai dia?aku tidak pernah kesal untuk hadir dalam hati dia walaupun hanya seketika....tetapi yang aku kesal kenapa dia buat aku ni macam patung yang tidak bernyawa..aku juga manusia biasa yang punya hati dan perasaan..aku juga seperti wanita lain yang ingin dibelai manja...bukan hanya untuk faham dia....dan hanya di perlukan bila memerlukan.......aku manusia bukan nya barang yang perlu di cari tidak perlu di buang...apa yang aku harus lakukan sekaranga adalah untuk berusaha melupakan dia...Ya allah cekalkan la pendirian ku kini.....aku sudah tidak bisa lagi merasai terus dilukai bigini.....aku penat untuk menangis untuk dia....aku juga penat mengejar dia sedangkan dia buat tak tau ja...bertepuk tangan takkan berbunyi kan....tapi masakan pula pintu terbuka tanpa di ketuk....entahlah...terlalu rumit hubungan ini.....aku redha dan pasrah apa jua keadaan yang bakal akan aku tempuhi kelak.....
Wednesday, 3 August 2011
Ramadhan Datang Lagi
Assalamualaikum, dengan memberi salam tanda tiba masanya aku membuat sedikit coretan..hari ni merupakan hari ke3 di bulan ramadhan. Alhamdulillah...da 3 hari puasa....bila di hitung hanya tinggal 27 hari lagi...emm....puasa kali ni mmg puasa yang penuh dengan makna iaitu aku perlu mengabdikan diri pada NYA dan pada masa inilah aku minta mengampunan dari NYA...ya allah.....buka lah pintu kemaafan buatku juga pintu taubat buat ku...Engkau kuatkan hatiku cekalkan la minda agar aku terus bersujut padaMu....setiap manusia inginkan puasa penuh untuk tiap-tiap bulan..adaka aku dapat merasai puasa pemuh?...susah la nak cakap kan....da namanya pun golongan wanita.....pasti ada hari yang terpaksa tidak berpuasa.....huh...waktu sekarang sudah jam 4.40 pm...ada 20 minit lagi waktu balik.....masa 20 minit ni la aku dapat me relak kan diri juga otak ni dari sejak tadi siapkan kerja.....letih hari ni..seperti aku ingin membuat urutan badan....tapi belum tiba lagi hari nya....kalau ada rezeki juga waktu aku pasti singgah reflexology.....okla dulu..esok aku isi lagi ruangan ini.....untuk menghilangkan rasa tekanan sejenak....ok salam sayang dari saya safa.....selamat berbika puasa buat semua warga-warga Blogger.
Monday, 18 July 2011
kembali bertemu dengan hidup kesederhanaan
hello hello blogger semua......lama rasanya tidak mengisi dlm ruangan ini...sepanjang perjalanan ini terlalu banyak yang aku telah tempuhi......gembira, sedih, suka, duka.....pahit dan manis itu sentiasa ada untuk mengiringi setiap manusia.Aku telah belajar daripada itu semua.....tiada kebahagiaan tanpa kita harungi kedukaan sebabnya kedukaan tu la yang mngeajar kita lebih matang dan di samping kita belajar daripada kesilapan...samada kesilapan sndiri mahupun kesilapan orang lain. kadang-kadang bila di fikir kan....memang dunia ni tidak adil kan...tapi ni la dunia...penuh dengan pancaroba.....kita ni kadang2 berada di atas dan lupa pada orang yang di bawah tapi bila kita di bawah kenapa mengharapkan orang di atas memberi kan kita kesenangan @ kemewahan yang pernah kita rasai sebelum ini? makanya...hidup kenalah dalam keserdehaan....baru la kita dapat merasai dunia ni memang hebat....tanpa dugaan dan rintangan pun hidup kita tidak bererti..tau kenapa?sebab kita manusia inginkan cabaran...barula hidup ni penuh dengan warna warni.....yang menentukan adalah diri sendiri memilih untuk gembira, sedih....@ apa2 pun....sebab kita manusia ber hak memilih.....yang pasti pilihan yang kita pilih itu kena la tepat dengan hidup kita...apa yang penting....hidup dalam kesederhanaan....
Tuesday, 5 April 2011
Tangisan Semalam.....
Assalam buat semua.......memang kebahagiaan tidak mungkin selamanya berkekalan juga tidak selamanya kesedihan membelenggui fikiran. Aku pernah merasa bahagia kerana dia, aku juga pernah menangis kerana dia. Menagapa aku perlu menangis? tangisan semalam masih aku terasa kini, mengapa begitu sukar untukku lawan kepedihan semalam hingga mutiara jernih ini begitu mudah untuk gugur jatuh ke bumi....aahhhh....keluhan ini seringkali ada tiap kali aku memikirkan kejadian semalam.....Menagapa aku lemah menghadapi semua ini? Aku cuba mengawal segalanya semalam tapi aku gagal. Aku seperti menyokong airmata itu untuk mengalir terus.... Apa benar dia sudah tidak lagi mahu akan semua ini? Apa benar semalam apa yang aku rasai adalah benar? perkara apa yang dia ingin sampaikan tetapi tidak terluah dengan kata- kata dek oleh kerana melihat airmataku? Aku pasrah seandainya aku yang salah tetapi jangan tinggalkan aku di sini kerana aku masih memerlukanmu untuk terus bersamaku....Aku tidak punya siapa-siapa lagi untuk aku menumpang kasih juga tempat mengadu... Aku perlukan teman yang memahami....engkau la insan itu tapi itu dulu bukan kini...Kini aku merasakan engkau telah berubah......Apa salah aku padamu? Hingga tega nya engkau memperlakukan aku sebegitu rupa....Khabar kan la padaku andai aku salah....agar aku dapat memperbetulkan segalanya......
Thursday, 31 March 2011
Penantian
Dah tengah hari ni...kenapa dia tak datang lagi ni....ooopppsss aku lupa la..mungkin kini dia berada di tawau....sedang menjalankan tugasnya....walau sehari aku mula merinduinya....kenangan yang dia tinggalkan bersama aku...akan aku semadikan dengan baik dan akan ku kenang setiap kenangan bersamanya.....lagu nyanyiannya sering kali aku putar untuk hiburan hati....kenapa perlu perasaan ini hadir...apa benar aku da jatuh cinta?ah mustahil...aku kenal siapa isteri dia..tak mungkin aku jatuh cinta pada orang yang mana aku kenal isterinya siapa....tapi sebelum keberangkatannya ke tawau semalam..ada dia tunjukkan mesej isteri dia pada aku yang mana isteri dia mahukan perpisahan.aku tumpang sedih dan aku pujuk dia untuk memujuk isteri dia agar kembali di sisi...dia cuma menggeleng dan aku dapat rasakan yang dia juga inginkan perpisahan..kenapa bole jadi mcm tu....apa pun aku doakan kebahagiannya dia di sana.....mudah-mudahan tiada ungkapan penceraian lagi......
Pengalaman Semalam
Di sini aku ingin mencoret kan rasa keluhan aku...kejadian semalam benar-benar membuatkan aku rasa sedih....
Sanggup kan seorang bapa mengusir anak nya kuar dari rumah sedang kan anak tu masih buntu akan dia dan masih rasa ada tanggungjawab menjaganya...Usah di persoalkan Kepermergian Mami......Usah mengungkitkan soal pengorbanan dan balas budi....Isu ini semua tidak harus di bangkitkan lagi setelah sudah bertahun-tahun lamanya.....Mengapakah seorang bapa itu tidak penyokong anak hanya kerana seorang wanita yang di gelar ibu tiri......Sejak bila anak-anak ini membiarkan bapa itu..bukankah bapa itu yang tidak pernah ambil tahu soal anak-anak? Ya Allah....Engkau sahaja la yang maha mengetahui segala hal yang berlaku pada makluk Mu ini Ya Allah....hanya Engkau sahaja la yang bisa mengubah segala hal ini menjadi yang lebih baik...sesungguhnya hati anak-anak ini Redha dan Pasrah jika seandainya bapa itu tidak memerlukannya lagi......
Subscribe to:
Posts (Atom)


